IZA ZAIN
Pengarah dan Perunding Imej Korporat
PRODYNAMIC CONSULTANCY
Iza Zain kini berkhidmat sebagai Pengarah di PRODYNAMIC CONSULTANCY dan beliau juga merupakan perunding Imej Korporat di SYARIKAT beliau serta bergerak aktif dalam menjadi pakar solekan BRIDAL ADVANCE bagi persediaan usahawan Andaman di Malaysia.
Beliau sering diundang oleh syarikat Korporat dan agensi keraajaan bagi berkongsi tips dan strategi penampilan khas bagi mereka yang memerlukan panduan dan tips kekal hebat dalam penampilan professional . Keupayaan Iza Zain untuk menggabungkan elemen soft skills dalam imej penampilan dalam kehidupan seharian dan amalan dalam profesion kerjaya individu, menjadikan beliau kerap mendapat undangan untuk mengupas topik mengenai penampilan korporat dan imej professional di Malaysia. Beliau telah memainkan peranan penting dalam memulakan elemen soft skills profesional untuk diaplikasikan dan dipraktiskan oleh setiap individu khasnya mahasiswa tahun akhir yang bakal berkhidmat tidak kira untuk agensi kerajaan mahupun swasta yang mementingkan penampilan professional serta mensasarkan misi untuk berkhidmat dengan cemerlang.
Berpengalaman dalam bidang latihan dan perundingan dalam bidang soft skills imej penampilan selama 9 tahun membolehkan beliau kini aktif memenuhi undangan memberi latihan bagi Modul Makeup workshop dan Advance Bridal Makeup. Turut sama beliau terus aktif bergerak bersama modul imej dan penampilan korporat untuk dikongsi bersama pihak lain yang bukan hanya untuk golongan wanita sahaja tetapi turut melibatkan golongan lelaki serta mahasiswa tahun akhir untuk lebih bersedia dan tampil lebih professional dalam penampilan yang pastinya mampu memberi impak besar dalam kerjaya masing-masing kelak.
Lagi mengenai Iza Zain
Iza Zain merupakan anak jati IPOH yang dilahirkan di Ipoh Perak.Merupakan anak kedua dari 10 beradik. Dibesarkan di Bandaraya Ipoh, merupakan seorang yang tegas dan sentiasa bersemangat dalam setiap tugasan yang diberikan.Iza Zain mendapat pendidikan di Sekolah Main Convent Ipoh dari sekolah rendah sehingga tingkatan 5.Beliau meneruskan pengajian didalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran di Uni Malaya pada tahun 2000-2004.
Penglibatan Iza Zain dalam bidang latihan telah bermula ketika beliau memasuki Uni Malaya lagi dan pergerakkan aktif beliau telah memberi semangat kepada beliau untuk sentiasa mahu membantu kumpulan peserta yang dikendalikan oleh beliau. Ketika di Uni Malaya,beliau turut mengambil peluang untuk meneroka ilmu kecantikan dan solekan apabila beliau mengambil keputusan untuk bekerja secara sambilan selepas tamat kuliah (rabu-jumaat) bersama sebuah syarikat kosmetik di ONE UTAMA. Beliau mula menyedari bahawa minat beliau dalam bidang solekan mula semakin kuat dan Iza Zain menyimpan cita-cita untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang solekan .
Setelah tamat pengajian di Uni Malaya pada tahun 2004,Iza Zain ditawarkan dengan jawatan Eksekutif Latihan dan Perundingan di salah sebuah syarikat swasta yang memerlukan beliau bergerak agresif dalam membantu meningkatkan lagi pembangunan dalam bidang latihan.Selama beberapa tahun beliau berada di unit latihan,kesempatan untuk meneroka pengalaman dalam bidang penyelidikan latihan telah memberi kesempatan kepada beliau untuk membentuk kumpulan tenaga pengajar dalam bidang latihan dan perundingan.
Pada tahun 2005 beliau mula bergerak pantas dan aktif dengan kursus kursus yang ditawarkan oleh pihak kerajaan khas untuk memberi perkhidmatan dalam bidang latihan.
Pada tahun 2007 beliau telah disunting oleh sebuah syarikat korporat yang memerlukan beliau aktif bergerak memberi ceramah dan taklimat bagi memberi pendedahan mengenai persiapan menghadapi alam kerjaya korporat di Universiti-univesiti tempatan.Kebanyakan ceramah yang dikendalikan oleh beliau melibatkan bakal bakal graduan yang sedang membuat persiapan bagi menceburi alam kerjaya korporat.
Cinta dan minat Iza Zain dalam bidang kecantikan,tetap menjadi keutamaan Iza Zain apabila beliau mula membuat kajian mengenai penampilan dan imej korporat .Kesempatan diambil oleh beliau dengan menerima tawaran dari pihak atasan Syarikat korporat tempat beliau bekerja untuk menyiapkan modul Imej Dan Penampilan Profesional khas untuk kumpulan sasaran iaitu sektor kerajaan dan swasta. Kini beliau aktif bergerak bersama modul tersebut untuk dikongsi bersama pihak lain yang bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi turut melibatkan kaum lelaki sebagai persiapan profesional dalam ketrampilan imej .
Kini beliau telah bersama dengan PRODYNAMIC CONSULTANCY bersedia untuk memberi perkhidmatan dalam bidang rundingan dan latihan yang mensasarkan kumpulan peserta dari pelbagai sektor dan bidang.
Rujukan lebih banyak gambar program kendalian Iza Zain , sila layari fb : iza consultant dan fb : Eizanonie Zainuddin
___________________________________________________________________________________________
PROFILE IZA ZAIN
- Noor Hazniza bt Mohd Zainuddin
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran & Keadilan ,Uni Malaya (2000-2004)
Noor hazniza Zainuddin telah memulakan tugas sebagai seorang Eksekutif Latihan Pengurusan dan Rundingan setelah tamat pengajian di Universiti Malaya pada tahun 2004.
Bersesuaian dengan karektor beliau yang aktif, beliau dikenali sebagai seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasan yang diberikan terutama sebagai seorang yang berperanan penting dalam membantu merangka pelan serta strategi pelaksanaan latihan bagi penyediaan latihan dan kursus untuk syarikat.
Kemampuan beliau dalam mengendalikan perancangan latihan, telah memberi beliau peluang oleh syarikat untuk membuktikan bahawa beliau bersedia melaksanakan pelan tindakan latihan sendiri. Dengan berlandaskan pengalaman aktif beliau ketika di Universiti dan sebagai Eksekutif latihan pengurusan, beliau dipertanggungjawabkan untuk membuat perancangan sendiri berhubung latihan dan bengkel kepada pihak syarikat dan universiti .
Memegang prinsip “Profesional Teras Kemantapan Pengurusan”, persembahan tugasan dan komitmen beliau di dalam bidang latihan membuktikan bahawa beliau amat teliti dalam bidang yang dikendalikan oleh beliau. Beliau percaya komitmen dan motivasi adalah sangat penting sebagai asas kejayaan bagi setiap individu dalam apa jua keadaan. Pengalaman beliau dalam bidang kendalian latihan dan kursus selama 9 tahun, telah banyak membantu beliau untuk merangka pelan tindakan dalam bidang ini sebagai persiapan bagi membantu pihak yang memerlukan perkhidmatan dalam bidang latihan khasnya. Kini beliau bergerak aktif sebagai penceramah bagi ProDynamic Consultancy yang mengendalikan kursus motivasi pasukan, bengkel kecantikan dan menjadi pengacara majlis professional bagi memenuhi jemputan dari organisasi korporat, badan-badan kerajaan dan program mahasiswa Universiti.
| SIJIL PROFESIONAL |
2010 Sijil Andaman dan Solekan Pofesional
2009 Sijil Solekan Profesional
2008 Sijil Timbalan Kem komandan Program Jabatan Belia Dan Sukan
2007 Sijil Jurulatih Kementerian Sumber & Telekomunikasi, Malaysia
2006 Sijil Jurulatih Kementerian Kebudayaan Seni & Warisan Malaysia
2006 Sijil Fasilitator Biro Tatanegara , Jabatan Perdana Menteri
2005 Sijil Ketua Jurulatih Multi Skill Kementerian Pertahanan Malaysia
2005 Sijil Jurulatih Kementerian Belia & Sukan Malaysia
2004 Sijil Jurulatih Dewan Bahasa dan Pustaka
2004 Sijil Jurulatih Kementerian Pertahanan Malaysia
SENARAI BADAN KERJASAMA:
- UNI MALAYA,UMK,UMS,UITM,MARA, Politeknik, KPTM Politech Mara,Kolej Komuniti,UMP,UTP,UKM,USM,UTHM,UMT,USIM,MIDF
- TM
- Selangor State Investment Center (SSIC)
- PETRONAS
- ILKAP
- PUSPANITA PERAK
- Belia & NGO
- MIDF
- Kementerian Belia & Sukan
- Kementerian Pertahanan Malaysia
- Biro Tatanegara
- Dewan Bahasa Dan Pustaka
- Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan
- Yayasan Dakwah Malaysia
- Majlis Belia Negeri Perak
- Majlis Belia Malaysia
- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS )
- Ministry of Resource And Communication
LATIHAN DAN MODUL
- Imej Dan Penampilan Korporat
- Solekan Dan Andaman
- Penampilan Dan Solekan Tatarias Profesional
- Modul Keusahawanan
- Penampilan Usahawan Koporat
- Modul soft skills
- Teknik penulisan Resume
- Tips Menghadiri Temuduga
- Modul Multi Skill
- Modul Kenegaraan
- Modul Pembinaan Karakter
- Modul KPerak Kidzs
- Program Penghayatan Sastera Dan Budaya
- Program Jati Diri Kesukarelaan Belia Malaysia
- Program Kursus Asas Kesukarelaan Belia Malaysia
- Modul Patriotik dan Nasionalisme
- Kepimpinan & Organisasi
- Memperkasa kehebatan Penampilan Muslimah
- Wanita dan Penampilan
- Modul Silang Budaya




2 comments
No ping yet
Setiah Abdullah says:
February 29, 2012 at 4:28 am (UTC 0)
Assalamulaikum Iza,
I am from Penang. We intend to organise a course/workshop on GROOMING & SOSIAL ETIQUETTE for our staff. We are searching for a professional trainer like yourself to facilitate this course.
Please advice.
Pn. setiah
hazniza says:
February 29, 2012 at 4:44 am (UTC 0)
waalaikumsalam…
Thank You Pn Setiah .. I will email to u as soon as possible. Please text me your office number and person in charge..
Ms Eza
013-604 5290