KEBOLEHPASARAN DAN PERSEDIAAN KERJAYA BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR

KEBOLEHPASARAN DAN PERSEDIAAN KERJAYA BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR

“KEBOLEHPASARAN DAN PERSEDIAAN KERJAYA BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR”

Dunia pekerjaan kini khasnya bagi sektor korporat amat mementingkan kualiti persembahan kerja di kalangan graduan. Banyak laras telah diletakkan untuk menilai sama ada seseorang calon yang datang menghadiri temuduga benar-benar layak untuk diterima bekerja bersesuaian dengan dunia korporat .Kepada graduan itu sendiri pastinya persediaan mental mahupun fizikal perlu dipersiapkan sebagai benteng menghadapi sesi tapisan yang bakal dihadapi oleh mereka. Sama ada bekas pelajar itu dari bidang yang berasaskan teknikal, kemahiran insaniah tetap kekal sebagai keutamaan di kalangan pihak industri dalam memilih pelajar terbaik untuk bekerja dengan syarikat mereka.

Banyak elemen telah disusur galurkan oleh syarikat korporat ini antaranya adalah keupayaan untuk bekerja bersama kumpulan, kemampuan berfikir di luar kotak, pemikiran kreatif, prestasi penampilan korporat , komunikasi yang baik menjadi kriteria utama dalam mencari pekerja yang layak dan terbaik. Inventori ini perlu dibuat pada peringkat awal sebelum pelajar menamatkan pengajian supaya penyediaan “profesional” boleh dilakukan selaras dengan kehendak pasaran kerja.

Pendedahan mengenai kepentingan soft skills adalah sangat penting terhadap pelajar tahun akhir dalam usaha pihak KPT memastikan tiada penganguran berlaku dikalangan pelajar dan bakal graduan. Pendedahan ini mampu membuka minda dan mentaliti pelajar bahawa dunia kerjaya adalah dunia yang penuh dengan cabaran dan pelajar perlu memahami bahawa persaingan sengit akan berlaku di kalangan mereka untuk mendapatkan pekerjaan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *