IZA ZAIN

TENTANG KAMI

 

JOB HUNTING : GET THAT JOB : Program Persediaan Latihan GET THAT JOB ini telah direka oleh Penceramah kami Pn Iza Zain untuk mengukuhkan dan memperkasakan nilai-nilai ketahanan dalaman dikalangan mahasiswa dalm membuat persedian untuk berada didalam alam pekerjaan.

Kursus Latihan yang telah dirangka ini turut menerapkan elemen asas ketahanan alam kerjaya KORPORAT melalui motivasi, simulasi pekerjaan , ciri-ciri graduan yang berjaya dan pendedahan mengenai peluang mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mahasiswa mahupun graduan. Rangka kerja program ini disusun dalam usaha membentuk satu perubahan minda dalam membuat sebarang persediaan mental dan fizikal dengan meningkatkan kesedaran, komitmen dalam semua bidang pekerjaan di samping meningkatkan daya tahan menghadapi cabaran globalisasi.

Dalam memastikan hasrat dan cita-cita menjadi graduan berkerjaya yang berdaya tahan dan berdaya saing,  mahasiswa yang bakal menjadi graduan perlu mempunyai motivasi dan memiliki personaliti yang unggul dalam memastikan cita cita dan hasrat untuk menjadi graduan yang hebat  sekaligus mempunyai daya tahan yang tinggi dan unggul dalam bidang pekerjaan yang bakal diceburi oleh mereka kelak.

Banyak pendekatan perlu diambil sebagai benteng pertahanan kepada bakal graduan bagi berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bukan mudah untuk  merealisasikan misi dan visi sebagai pekerja yang hebat dan berjaya jika persiapan dan persediaan pada peringkat awal telah gagal. Persiapan mental dan fizikal perlu dijadikan satu budaya yang unggul dan dipraktikkan oleh setiap warga mahasiswa yang bakal berada didalam dunia perkerjaan yang penuh dengan cabaran.

Modul kursus ini dirangka khusus untuk mencapai objektif diatas. Program latihan ini dirangka selama 1-2 hari merangkumi semua elemen-elemen terpenting kearah melahirkan warga  graduan yang  berpersonaliti unggul, mantap dan perkasa.

Perlaksanaan modul ini dijalankan secara teori dan amali merangkumi 40% amali dan 60% teori. Kursus ini dirangka secara inovatif dan peserta akan menjalani perbincangan serta pembelajaran secara ceria(Fun Learning) melalui pengalaman sendiri seterusnya memperolehi maklumbalas dari sesi-sesi yang dijalankan.

OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi penekanan kepada Kepercayaan diri peserta yang  positif supaya peserta berupaya mempertingkatkan  kecemerlangan diri dalam membuat persiapan  kearah alam pekerjaan korporat dan berkelas tinggi  setaraf dengan kelayakan masing –masing.
  • Dapat mengadaptasi budaya kerja korporat  yang berkualiti dan professional
  • Ketetapan pemikiran yang kukuh,  tanpa putus asa
  • Lebih pro aktif dalam komunikasi ketika berurusan dengan apa jua pihak .
  • Bersedia dengan kemungkinan dan persiapan idea yang mantap selaras dengan perkembangan dan perubahan semasa
  • Mempelajari teknik berfikir diluar kotak
  • Memupuk dan menjana pemikiran dan menyelesaikan apa jua permasalahan yang mungkin dan bakal dihadapi kelak dalam cabaran globalisasi dunia kerjaya.

======================================================================

TRAINER