ATITUD ANDA MASALAH ANDA

Bila bercakap mengenai atitud, terlalu banyak yang boleh dikupas. Kupasan mengenai atitud kali ini akan lebih menjurus kepada kupasan tingkahlaku bakal pekerja yang merupakan graduan dan bakal pelatih yang bakal menjalani latihan industri.

Bersesuaian dengan penulisan dalam entri ini, bukanlah tujuan penulis untuk memburukkan nama graduan mahupun mahasiswa sendiri, tetapi blog ini ditulis adalah sebagai panduan bersama agar kumpulan sasaran pembaca kami yang terdiri daripada bakal graduan dan bakal pelatih dapat mengambil pengajaran disebalik kupasan kami.

Tidak semua graduan dan bakal pelatih adalah golongan yang tidak bagus, TIDAK SAMA SEKALI !. mengapa penulis tidak mengupas yang baik baik sahaja? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bukan tujuan kami menulis untuk menjatuhkan mana mana pihak, namun apa yang ingin kami sampaikan adalah apakah yang perlu di ambil iktibar disebalik setiap kupasan yang kami kongsikan.

ATITUD

  1. Berdisiplin – on time
  2. Beretika – jujur amanah , sopan, bersih , hormat  ,
  3. Rajin
  4. Fokus dan Bersungguh
  5. Cekap
  1. BERDISIPLIN

Kupasan mengenai atitud ini sebenarnya banyak dibangkitkan dikalangan majikan. Pada pertemuan pertama ketika sesi temuduga bersama graduan mahupun mahasiswa sendiri, jaminan untuk menjadi seorang yang peka, sensitif dan berdisiplin sentiasa menjadi topik utama yang diajukan kepada kumpulan ini. Bagi pihak majikan pastinya ianya adalah perlu dan penting. Walaupun mendapat kata jaminan dari pihak yang ditemuduga, namun tidak semua mereka mampu mengotakan kata-kata mereka.

Contoh : penyerahan tugasan kepada pihak yang perlu dihantar:

Task                            :  Kajian penyelidikan produk A

Tempoh                      : 3 hari

Masa                           : Sebelum jam 10.00 pagi

Maklumat                  : Perlu lengkap dari semua aspek seperti yang telah dibincangkan

didalam mesyuarat terdahulu

Selepas 3 Hari  

Task                             :  Kajian penyelidikan produk A

Tempoh                      : 3 hari

Masa                            : Hantar pada jam 1130 pagi ( lewat 1 jam setengah dari tempoh

masa yang diberkan)

Maklumat                   : Tidak lengkap

Terlalu banyak info yang tidak disertakan bersama

Jumlah muka surat yang diberikan hanya 3 muka surat sahaja.

Tidak lengkap dari semua aspek seperti yang telah dibincangkan

 

Tanggapan Majikan/Pihak Pengurusan

  • 80% hasil yang diberikan tidak menepati semua yang diminta
  • Orang yang dipertanggungjawabkan dengan tugasan ini adalah seorang yang MALAS
  • Tidak peka dengan semua asek yang telah dibincangkan sebelum ini
  • Tidak bersungguh dan serius
  1.  BERETIKA

Berikut dinyatakan beberapa etika yang pernah berlaku di kebanyakan agensi melalui kes yang benar

Jujur

Waktu bekerja                                     : 8.30 pagi – 5.00 ptg

Kehadiran 3x dalam seminggu        : 8.50 pagi

Pulang                                                   : tepat jam 5.00 ptg

Kebenaran sebenar

Punch card kehadiran                        : 8.30 ( dibuat oleh orang lain)

Kehadiran dalam sebulan                  : 12x hadir pada jam 8.50 pagi

Atitud                                                     : Tidak jujur !

Amanah

Mesyuarat                              : Perbincangan mengenai projek A bersama MT syarikat

Kehadiran                              : Semua jentera urusetia yang terlibat

Kehadiran bersama             : Pelatih latihan industri

Topik                                      : Isu berbangkit mengenai projek A

Isu                                           : Semua perkara berbangkit adalah rahsia syarikat dan tidak

boleh dihebahkan kepada pihak luar

Selepas waktu bekerja

Isu berbangkit dibangkitkan dimeja kedai kopi

Senarai pihak yang terlibat dibincangkan

Perkongsian maklumat dihebahkan kepada pihak luar yang bukan merupakan urusetia  projek A

Atitud : tidak amanah, tidak boleh dipercayai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *