KUALITI RESUME GRADUAN

Dalam memastikan kualiti mahasiswa yang bakal menjadi graduan mendapat tempat dan memenangi hati bakal majikan, adalah sangat penting untuk memastikan penyampaian diri melalui persediaan RESUME adalah professional. Ketidaksediaan mahasiswa untuk mencari maklumat lengkap bagaimana membuat resume yang hebat yang mampu menarik perhatian bakal majikan seringkali dijadikan bahan ketawa dikalangan majikan yang menerima resume graduan.

 

MENGAPA RESUME GRADUAN DIJADIKAN BAHAN KETAWA?

–          Resume yang dihantar tidak lengkap

–          Maklumat yang diberikan outdated

–          Gambar yang dilampirkan adalah gambar selfie

–          Majikan melihat resume graduan seperti kebudak budakan

–          Penggunaan bahasa yang tidak tersusun

–          Penggunaan email untuk dihubungi bersifat ganas/keanak-                  anakan/lucah

RESUME TIDAK LENGKAP

Pengalaman kami ketika meneliti ratusan resume yang dihantar oleh graduan dan bakal pelatih yang sedang mencari pekerjaan mahupun sedang mencari tempat untuk latihan industri, 80% resume yang dihantar memberikan maklumat yang tidak lengkap.

Ada diantara resume yang menyatakan pernah bekerja dan mempunyai pengalaman kerja , namun tidak menyatakan secara terperinci apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang pengalaman yang diterima oleh mereka.

GAMBAR SELFIE

–          75% gambar yang dilampirkan adalah gambar yang diambil secara candid oleh graduan

–          Gambar dengan penampilan yang tidak sesuai

–          Gambar yang diberikan tidak formal

–          Gambar tidak mencerminkan kesungguhan graduan

–          Majikan melihat graduan adalah jenis yang tidak serius

–          Majikan merasakan graduan ini tidak bersunguh sekiranya             diberikan sebarang tugasan

–          Gambar tidak mencerminkan karisma graduan

MAJIKAN MELIHAT RESUME GRADUAN SEPERTI KEBUDAK BUDAKAN

–          Terlalu banyak warna

–          Resume yang dihantar dalam bentuk bingkai bergambar

–          Terdapat lampiran gambar graduan bagi setiap maklumat

–          Terdapat lampiran bunga bungaan dalam resume graduan

–          Penggunaan ayat dalam resume adalah tidak sopan

 

PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK TERSUSUN

–          Bahasa yang tidak sesuai

–          Aturan ayat tidak tersusun

–          Bahasa rojak

–          Head title bagi setiap pecahan maklumat bercelaru

–          Maklumat tidak diselaraskan dengan baik

PENGGUNAAN EMAIL UNTUK DIHUBUNGI BERSIFAT GANAS/KEANAK-ANAKAN/LUCAH

–          Penggunaan email graduan untuk dihubungi bersifat biadap

–          Majikan melihat graduan ini sebagai kumpulan yang tidak ada etika kerja yang sopan sekiranya                  diambil bertugas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *