MENGAPA PERLU BERSEDIA SEBELUM MENDAPAT KERJA ?

Tidak dapat dinafikan, ramai yang telah membuat persiapan untuk berhadapan dengan alam pekerjaan walaupun masih lagi dalam pengajian dan belum menamatkan pengajian di Universiti.
Namun tidak dapat juga dinafikan ada juga yang masih leka kerana melihat pencarian pekerjaaan hanya perlu dilakukan setelah tamat pengajian.Apa yang menjadi keutamaan adalah selesaikan dahulu pengajian dan memberi fokus 100% kepada peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mahasiswa itu sendiri.
Tidak ramai yang melihat, keperluan persediaan mencari dan terus mencari maklumat bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sebenar ketika masih dalam pengajian lagi.Jika ada, ianya tidaklah begitu membanggakan.
Berdasarkan Kajian Iza Zain, rata rata mahasiswa tidak mahu memikirkan soal pekerjaan ketika masih dalam pengajian atau dalam erti kata lain jika mereka masih belum menamatkan pengajian mereka di Universiti.

ANTARA PANDANGAN DAN PENDAPAT DARI MAHASISWA
-Merasakan bahawa ia bukan masa yang sesuai untuk difikirkan kerana keutamaan adalah menamatkan dahulu pengajian
-Merasakan bahawa banyak kerja yang ada diluar sana setelah mereka menamatkan penganjian kelak
-Merasakan bahawa mereka mampu bersaing dengan graduan lain kerana pencapaian keputusan peperiksaan di Universiti
mereka jauh lebih baik berbanding dengan graduan lain.
-Berpendapat bahawa, untuk mendapatkan pekerjaan yang hebat dan bertepatan dengan kelayakan mereka, adalah
keputusan keseluruhan CGPA mereka di Universiti.

Hasil dari tinjauan yang dibuat, maklumat ini adalah diantara maklum balas yang diterima oleh Iza Zain sepanjang temu bual bersama mahasiswa yang masih menuntut di beberapa universiti tempatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *