PERKHIDMATAN

 

 

PERKHIDMATAN

                               

Di Malaysia, dalam dunia pasaran yang semakin mencabar dan bersaing antara satu sama lain, majoriti organisasi telah mula menyedari kepentingan perlunya barisan pekerja yang berkemahiran tinggi dan terlatih. Barisan pengurusan yang efektif dan cemerlang  merupakan aset utama bagi syarikat dan organisasi dalam memastikan kelangsungan pentadbiran yang perkasa.
GET THAT JOB – melalui PRODYNAMIC CONSULTANCY, perkhidmatan kami memberi keutamaan kepada pelanggan kami dalam  memastikan  kualiti perkhidmatan kami adalah yang terbaik .

Bagi memastikan matlamat utama kami tercapai, mutu persembahan perkhidmatan  menjadi strategi utama dalam mengendalikan latihan kursus GET THAT JOB  khasnya persediaan mahasiswa Universiti untuk berada dalam dunia pasaran kerjaya globalisasi.

GET THAT JOB memberi fokus kepada PEMBANGUNAN PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL dan perancangan pembangunan latihan bagi agensi IPTA/IPTS yang memerlukan khidmat kami.

 

Melalui perkhidmatan kami, GET THAT JOB memastikan praktis pemikiran pembangunan informasi terkini menepati kehendak dan keperluan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi dapat disampaikan dan dikongsi secar jelas kepada IPTA/IPTS.

Untuk memastikan  kualiti perkhidmatan  yang bermutu, GET THAT JOB mempunyai rangkaian dan jaringan jentera kerja yang luas dan  pakar dalam merekabentuk MODUL yang menepati kehendak pasaran kerja semasa. Semua juru perunding GET THAT JOB yang bernaung di bawah payung perkhidmatan kami mempunyai pengalaman yang bertahun lamanya dalam bidang kerjaya Korporat.

Jaminan daripada pihak pengurusan modul Latihan kursus GET THAT JOB melalui komitmen barisan pengurusan yang berpengalaman menjadikan kami yakin dan mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kami.