PENAMPILAN KORPORAT

PENAMPILAN KORPORAT

Dalam memastikan anda dipilih diantara yang terpilih, adalah penting bagi memastikan penampilan anda adalah yang terbaik.Berdasarkan jawatan yang dipohon , pastinya anda tidak mahu kelihatan seperti orang yang baru bangun tidur dengan keadaan tudung dan baju tidak bergosok, kemeja berkedut seribu,rambut tidak digunting rapi !

Pandangan pertama adalah paling penting kerana melalui pandangan pertama segalanya boleh dirungkai !

MENGAPA PENAMPILAN MENARIK ITU PENTING ?

  1. Anda bukan memohon jawatan pencuci tandas
  2. Jawatan yang anda pohon adalah jawatan GRADUAN
  3. Majikan tidak mahu mengambil pekerja yang SELEKEH dan busuk
  4. Penampilan anda cerminan diri dan agensi/syarikat anda bakal bekerja
  5. Kerana anda adalah golongan bijak dan profesional

ANDA BUKAN MEMOHON JAWATAN PENCUCI TANDAS

Sebagai bakal graduan atau graduan, jawatan yang anda pohon adalah jawatan bagi golongan yang bijak pandai.

Bersesuaian dengan jawatan anda, penampilan kemas dan menarik adalah sangat penting kerana ia memberi gambaran sebenar siapa anda. Jangan terkejut sekiranya kami katakan bahawa cleaner lebih menarik dan lebih kemas penampilannya berbanding graduan yang datang memohon kerja !

Pastikan anda tidak tercabar dengan kenyataan kami kerana kebanyakan daripada mereka sangat bersedia dengan penampilan mereka sehinggakan baju yang dipakai oleh mereka jauh lebih kemas dan bergosok daripada graduan.

 

JAWATAN YANG ANDA POHON ADALAH JAWATAN LEPASAN IJAZAH DAN ANDA ADALAH GRADUAN !!

Jawatan Yang Dipohon : Eksekutif

Etika Pakaian : Kemas Dan Professional

Terang lagi jelas kenyataan ini diberikan, namun masih ada diantara pemohon yang datang malah graduan yang sudah mendapat kerja berpenampilan seperti seorang yang baru bangkit dari dibelasah. Pakaian yang dipakai tidak bergosok, baju yang berkedut, tudung yang tidak dipin rapi, kemeja kotor,seluar singkat,tali pinggang berkepala superman!

Penampilan seperti ini bukanlah rekaan kami, namun inilah yang berlaku bagi kebanyakan mereka yang bergelar graduan.Adakah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan penampilan pekerja sentiasa kemas dan menarik ? SUDAH PASTI TIDAK . Syarikat amat memandang serius penampilan pekerja. Sekiranya anda hadir dalam keadaan seperti orang yang malas, pastinya syarikat melihat anda juga adalah orang PEMALAS !

MAJIKAN TIDAK MAHU MENGAMBIL PEKERJA YANG SELEKEH DAN BUSUK

–          Awas ! Anda bakal menjadi bahan gossip dan bahan ketawa pekerja lain !

–          Anda bakal dipulaukan

–          Kebanyakan pekerja melihat anda sebagai orang yang pemalas

–          Ramai yang akan menjauhkan diri daripada anda

–          Anda sedang memalukan diri anda sendiri

–          Majikan tidak mahu membawa anda kemana-mana majlis syarikat

PENAMPILAN ANDA CERMINAN DIRI DAN AGENSI/SYARIKAT ANDA BAKAL BEKERJA

–       Anda bukan sahaja memalukan diri anda sendiri, malah syarikat anda juga!

–       Tanggapan luar mengenai imej syarikat akan terjejas

–       Anda dicop sebagai orang yang tidak professional hanya kerana sebab PENAMPILAN anda

–       Syarikat tidak mahu anda memalukan nama baik mereka

–       Ingat !! Imej anda imej syarikat juga

KERANA ANDA ADALAH GOLONGAN BIJAK DAN PROFESIONAL

Jawatan Anda : Penganalisis Data

Kelayakan        : Sarjana Muda Dari Universiti

Penampilan harian anda :

–          Setiap hari dengan baju kurung tidak bergosok

–          Kasut tidak bertumit

–          Tidak memakai hand bag

–          Solekan –tiada

–          Rambut : dilepaskan terurai tidak kemas

Sekiranya anda adalah kumpulan yang BIJAK DAN PROFESIONAL anda seharusnya berpenampilan seperti dibawah ini :

Penampilan harian anda :

–          Bertukar jenis pakaian setiap hari – seluar dengan kemeja ,skirt labuh dengan kemeja, baju                          kurung kosong tanpa corak melampau

–          Kasut bertumit sekurang-kurangnya 2 inci

–          Memakai hand bag

–          Solekan Tipis dan sederhana setiap hari

–          Rambut : diikat atau disanggulkan kemas dan rapi tanpa eksesori

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *