PERSIAPAN GRADUAN

Apabila bercakap mengenai persiapan, apa sebenarnya yang menjadi kriteria utama oleh majikan dalam menerima dan memilih pekerja yang bergelar graduan?

–          Pastinya majikan mahukan yang berpewatakan menarik dan professional

–          Komunikasi yang baik

–          Boleh menyampaikan idea yang bernas dan hebat

–          Boleh bekerja dengan pasukan kerja yang baik

–          Mampu berdikari

–          Berkeyakinan

–          Bijak dan cekap

–          Berdisiplin

–          Beretika

Ketika penulis menulis kesemua senarai ini, sudah tergambar rungutan oleh majikan penulis mengenai kualtiti graduan yang seringkali menjanjikan persembahan mutu kerja terbaik ketika sesi temuduga dahulu.Kesemuanya indah khabar dari rupa ! Ada diantara majikan terpaksa menegur sikap segelintir graduan yang sering disuap setiap kali tugasan diberikan.Ini amat mengecewakan majikan. Rungutan ini bukan rekaan penulis semata-mata, tetapi inilah realiti sebenar yang terpaksa dihadapi oleh 80% majikan diluar sana ketika berhadapan dengan pekerja yang bergelar GRADUAN ! Sangat mendukacitakan dan memalukan.

Jom penulis kongsikan pengalaman penulis ketika sesi temuduga fresh Grads yang sedang berusaha mengisi kekosongan jawatan di agensi tempat penulis bekerja dan bakal pelatih yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan praktikal.

Sama seperti penulis lain, sebagai manusia penulis juga tidak kurang dari banyak kelemahan. Tujuan perkongsian ini dibuat bukanlah untuk merendah-rendahkan sesiapa, namun apa yang ingin dikongsi disini ialah APAKAH YANG PERLU DIPERSIAPKAN OLEH BAKAL GRADUAN SEBELUM MELANGKAH KEALAM PEKERJAAN agar graduan tidak dipandang rendah oleh bakal majikan anda kelak.

Berikut disenaraikan kehendak sebenar majikan diluar sana terhadap bakal graduan dan bakal pelatih yang ingin mendapat pengalaman bekerja kelak.

1. MAJIKAN MAHUKAN YANG BERPEWATAKAN MENARIK DAN PROFESSIONAL

–     Peribadi yang menarik, persembahan penampilan yang professional menjadi idaman semua majikan .Bukan kerana sebab untuk sajian mata, namun criteria ini adalah sebahagian daripada mutu kerja pekerja.Bayangkan sekiranya graduan atau pelatih  yang datang ke pejabat setiap hari dalam keadaan yang tidak bersedia, pastinya tanggapan terhadap mereka menjadi 1 bahan yang menyebabkan majikan tidak ada keyakinan kepada mereka.Sekiranya ini berlaku, potensi untuk melihat graduan ini meningkat naik mungkin akan terjejas.

2.KOMUNIKASI YANG BAIK

Harapan yang terlalu tinggi bukanlah menjadi isu bagi kebanyakan majikan,namun majikan melihat kesungguhan graduan mahupun pelatih untuk berusaha menjadi yang terbaik adalah menjadi keutamaan majikan. Adalah amat mengecewakan apabila komunikasi yang disampaikan oleh graduan mahupun pelatih tidak mencapai standard sebagai seorang bekas pelajar Universiti. Pengalaman penulis melihat 75% graduan mahupun pelatih dalam menyampaikan apa sahaja yang ingin disampaikan melalui komunikasi baik secara bertulis mahupun lisan ditahap yang boleh dibanggakan hanyalah mimpi semata-mata. Kadangkala mereka ini membuatkan penulis terfikir apakah yang mereka belajar sepanjang berada di universiti? Bukankah sepatutnya penyampaian komunikasi sebagai seorang mahasiswa ditahap yang baik ? Bagaimana mereka membuat pembentangan assignment dihadapan pensyarah ? Semua ini tidak mampu dijawab oleh penulis apabila majikan penulis mula mempersoalkan kualiti pembentangan graduan ketika menyampaikan sebarang komunikasi dihadapan big boss kami.

Penggunaan Bahasa Ketika Penyampaian Komunikasi

“Eh..aaaaa…tersilap..” antara perkataan yang menjadi kiraan kami ketika melihat graduan ataupun pelatih membuat pembentangan .

Bayangkan pembentangan yang dibuat memakan masa sehingga hampir 1 jam dan masa yang diberikan hanyalah 10 minit sahaja kepada mereka. Bagi pihak pengurusan tertinggi ini amatlah memalukan dan mendukacitakan.

Apa yang boleh penulis simpulkan adalah, graduan atau pelatih ini tidak membuat latihan pembentangan dalam memperbaiki mutu komunikasi mereka dan ini boleh menyebabkan our BIG BOSS naik darah !

3. BOLEH MENYAMPAIKAN IDEA YANG BERNAS DAN HEBAT

Majikan mahupun pihak pengurusan tertinggi sangat percaya kepada graduan bahawa orang muda mempunyai idea yang sangat bernas.jika tidak mana mungkin pengasas FACEBOOK adalah orang muda yang hebat!
Jangan hancurkan harapan dan kepercayaan majikan anda apabila anda tidak mampu dan tidak mahu berusaha untuk bersama memberi sebarang idea kepada mereka.

4. BOLEH BEKERJA DENGAN PASUKAN KERJA DENGAN BAIK

Pengalaman bekerja dalam membuat dan menyiapkan assignment berkumpulan adalah antara pengalaman terindah penulis ketika menuntut di Universiti. Graduan yang mampu bekerja secara berpasukan dengan kerjasama yang baik menjadi idaman semua majikan.Bukan sahaja anda akan dilihat sebagai orang yang berkarisma, malah kerja berpasukan akan membuatkan tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan hebat dan hasilnya pasti amat membanggakan.

BAGAIMANA HASIL ITU ADALAH HASIL YANG MEMBANGGAKAN? Sudah pasti ianya hebat ! kerana idea yang datang bukanlah dari graduan seorang, malah ianya adalah hasil dari perkongsian idea dan maklumat dari pekerja lain yang berpengalaman malah mungkin idea baru itu adalah yang terhebat dari yang sebelum itu .

5. MAMPU BERDIKARI

Graduan diberikan tugasan A :

Siapkan proposal untuk produk baru yang akan dipasarkan ke luar Negara.

Tempoh : 1 minggu sahaja

  • Graduan yang mampu mencari penyelesaian dalam segala aspek yang telah dikaji melalui kajian sebelum memulakan tugasan.
  • Selidik segala kemungkinan pro dan kontra produk yang bakal dipasarkan
  • Membuat kajian dan merujuk pekerja lain yang berpengalaman semasa progress proposal dibuat
  • Melaporkan perkembangan kepada pihak atasan melalui laporan secara bertulis setiap fasa
  • Berkomunikasi dengan banyak pihak luar dan dalam yang mempunyai pengalaman dalam penghasilan produk yang seakan sama sperti produk yang bakal dilancarkan
  • HASIL KESUNGGUHAN :graduan mampu  berikan idea dan apa sahaja cadangan nasihat beserta jalan penyelesaian bagi setiap perkara berbangkit
  • Menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan dengan pembentangan yang cemerlang.

6. BERKEYAKINAN

Penulis masih teringat salah seorang daripada bekas pelatih kami yang merupakan penuntut universiti swasta tempatan dari MMU yang menjadi sebahagian daripada pasukan kerja penulis pada tahun 2010. Beliau merupakan pelatih berbangsa cina yang masih dalam tahun kedua. Berpewatakan sederhana, sentiasa kemas dan sangat rajin. Sering hadir ke pejabat 1 jam lebih awal berbanding pelatih lain. Waktu bekerja adalah jam 8.30 pagi dan beliau sentiasa tepat dengan masa kehadiran setiap hari pada jam 7.30 pagi.

Pelatih ini tidak pernah diminta untuk datang awal dan tugasan untuk melakukan kajian bagi sebarang tugasan sebelum diberikan tugasan tidak pernah diminta oleh kami.Apa yang mengejutkan, masa 1 jam lebih awal yang ada pada beliau diambil dengan melakukan kajian terhadap apa jua perkhidmatan dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan .Tidak ada seorang pun diantara kami yang melaporkan kesungguhan beliau kepada BIG BOSS kami, namun pada 1 hari our BIG BOSS telah datang 1 jam lebih awal dari kebiasaan. Rahsia kecemerlangan pelatih ini akhirnya terbongkar apabila boss telah terserempak dengannya di pejabat ketika beliau sedang mencatat kajian beliau mengenai produk yang dikeluarkan oleh syarikat kami. Maka tidak hairanlah, apa jua soalan yang berbangkit mengenai perkhidmatan dan produk syarikat yang sengaja diajukan kepada semua pelatih kami dapat dijawab dengan mudah malah dengan penuh keyakinan beliau mohon keizinan untuk memberi pandangan peribadi beliau bagaimana menambah kualiti produk yang sudah sedia ada.

ADAKAH PELATIH INI SEDANG MENUNJUK PANDAI ?

  • Tidak sama sekali ! Beliau sudahpun membuat kajian dan memberi idea serta cadangan penyelesaian yang sangat hebat!
  • Cadangan yang diberikan melangkau daripada tanggapan sebenar kami terhadap pelatih yang masih menuntut.
  • Beliau adalah seorang yang sangat berkarisma dalam menyampaikan idea sebenar beliau tanpa rasa ragu dan takut
  • Apa jua persoalan yang berbangkit mampu dijawab dengan petah dan hebat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *